nuffnang Ads

Khamis, 15 Ogos 2013

MESIR BERDARAH

Begitulah tajuk nye..Mesir diuji oleh Allah apabila kudeta Mesir telah membunuh rakyat yang tidak bersalah dengan menembak mereka dengan menggunakan penembak tepat.Apakah salah mereka sehingga diperlakukan sebegitu rupa..Jenayah apa yang sedang mereka lakukan.Adakah disebabkan mereka ingin pemerintah yang mereka pilih secara sah itu di anggap salah disisi  as sisi.Kelakuan perampas ini adalah untuk memerangkap diri mereka sendiri.mereka cuba untuk menghina diri mereka.Suatu hari nanti pasti engkau akan tersungkur wahai as sisi lakhnatullah..Engkau lah dalang di sebalik kejadian ini..jika engkau tidak merampas kuasa dari Dr Morsi sudah pasti ini tidak akan berlaku...

              Ya Allah..Engkau hancurkan kesatuan mereka yang telah mengkhinati hambaMu sendiri,turunkanlah bala kepada kerajaan haram Mesirhari ini,berikanlah laknatMu kepada General Abd Fatah As Sisi sepertimana engkau berikan pada kamal Artartuk dahulu,kepada tentera bergajah.Turunkan azab Mu yang pedih kepada pengkhinat itu Ya Allah..
              Ya Allah..lindungilah saudara2 dan sahabat2 kami dimesir Ya Allah..bantulah mereka untuk mencapai kemenangan melawan musuh2 mu itu Ya Allah..tiada daya kami melainkan dengan izin mu Ya Allah..aminn

 

Sabtu, 3 Ogos 2013

salam semua..

Ingatkan diri kita dan sesama kita dengan pesan berpesan...

Syukur negara masih aman..

      Semenjak dua menjak ni kes tembak menembak semakin menjadi jadi.Dimanakah salah nye.Adakah undang2 yg ade ini membuatkan mereka tidak takut atau ade orang berpengaruh dibelakang mereka?

Jumaat, 26 Julai 2013

Mursi Dipenjara 15 Hari, 2,000 Bantah Di KL, Najib Terus Membisu



Presiden Mesir yang digulingkan tentera, Muhammad Mursi ditahan selama 15 hari kerana dituduh bersubahat dengan pergerakan Islamis Palestin, Hamas. Dia juga dituduh melarikan diri dari penjara 18 hari sewaktu pemberontakan menggulingkan Husni Mubarak.

Dalam laporan AlJazeera, satu sumber mengesahkan berita tersebut pada Jumaat (26/7). Hakim Hassan Sammir kini sedang membuat siasatan lanjut berhubung dakwaan itu telah membuat keputusan tersebut yang merupakan penahanan rasmi pertama oleh pihak berkuasa.

Bulan lalu, pengadilan Mesir menyatakan Ikhwanul Muslimin bersengkokol dengan Hamas dan Hizbullah menyerbu penjara Wadi el-Natroun pada 2011. Serbuan tersebut membebaskan 34 anggota pemimpin tertingg Ikhwanul termasuk Muhammad Mursi ketika itu.

Laporan tersebut muncul ketika pendukung dan penentang Mursi bersiap untuk protes besar-besaran setelah keluar seruan dari tentera dan anggota Ikhwanul Muslimin. Mursi ketika ini tengah ditahan di sebuah lokasi yang tidak diketahui.

Dalam pada itu, Penguasa Semenanjung Gaza, Hamas, hari ini mengecam penguasa baru Mesir setelah pengadilan memerintahkan Presiden yang digulingkan, Muhammad Mursi, ditahan untuk siasatan lanjut tentang tuduhan keterlibatannya dengan kelompok gerilawan Palestin itu.

"Hamas mengutuk langkah itu kerana didasarkan pada premis bahawa Gerakan Hamas kononnya bersifat jahat," kata juru bicara Hamas, Sami Abu Zuhri.

"Ini perkembangan merbahaya yang menegaskan bahawa kekuasaan ketika ini di Mesir mengabaikan kepentingan nasional dan bahkan menggunakan hal itu untuk berurusan dengan pihak lain, pertama di antaranya adalah masalah Palestin," katanya.

Sementara itu di Kuala Lumpur, lebih 2,000 umat Islam hari ini bersolidariti menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa oleh tentera Mesir ke atas Presiden yang dipilih secara sah Dr Muhammad Morsi, demikian lapor harakahdaily.

Himpunan bermula sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji dan kemudian berarak ke bangunan Kedutaan Mesir di Jalan Ru, Ampang Hilir yang berjarak tidak kurang 4 kilometer.

Mengepalai perarakan tersebut, pimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia Khairul Faizi Ahmad Kamil, Riduan Mohd Nor, Kamaruzzaman Mohamad, wakil muslimat Ustazah Nuridah Saleh dan lain-lain.

Himpunan ini turut disertai wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Haluan Malaysia, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Gema dan Aqsa Syarif.

Peserta masing-masing membawa poster Morsi serta kain rentang yang mengutuk tindakan mencabul demokrasi tentera Mesir itu.

Antara lain poster tersebut tertulis 'The President kidnapped, now showing in Egypt'.

Sementara itu, polis bertindak menutup laluan di hadapan bagunan kedutaan.

Dianggarkan hampir 100 anggota polis termasuk pasukan Light Strike Force (LSF) berkawal di jalan masuk menuju ke bangunan kedutaan.

Peserta perarakan yang tiba dihalang masuk ke jalan berhadapan bangunan kedutaan sebaliknya diberhentikan di jalan bersebelahan kira-kira 150 meter dari pintu masuk bangunan kedutaan.

Pihak keselamatan hanya membenarkan enam wakil untuk masuk mengadakan perbincangan dan menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan.

Sementara menunggu penyerahan memorandum selesai, beberapa wakil parti dan NGO memberi ucapan kepada peserta dari atas pacuan empat roda.

15 minit kemudian wakil-wakil yang mengadakan pertemuan dilihat keluar dari bangunan kedutaan dan menyertai himpunan.

Khairul Faizi dalam ucapannya selepas penyerahan memorandum itu berkata, mereka mengemukakan empat tuntutan kepada kerajaan sementara Mesir yang dikuasai tentera.

Ianya termasuk membebaskan dan mengembalikan segera Morsi, hentikan tindakan kekerasan terhadap rakyat dan benarkan mereka berhimpuan secara aman, membatalakan segala undang-undang dan ketetapn baru yang dibuat selepas kudeta serta membebaskan segera semua tahanan politik.

Najib membisu

Bercakap kepada media selepas itu, Khairul Faizi turut mempersoal sikap kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa masih membisu dalam isu ini.

"Kenapa beliau tidak mahu menyatakan pendirian dalam isu ini. Adakah Najib takut untuk tunjuk sikap kerajaan Malaysia dalam isu ini, takut kepada penentang Morsi?," soalnya.

Beliau berkata, kerajaan Malaysia yang mendakwa mendokong demokrasi sewajarnya bersama rakyat Mesir yang membantah kudeta tersebut.

Persoalan sama turut dilontar Nuridah yang mendakwa perdana menteri bersikap double standard dalam isu ini.

"Dia (Najib) bukan mahu nyatakan pendirian, sebaliknya menggunakan isu rampasan kuasa Mesir ini untuk menakutkan rakyat bahawa inilah akibatnya bila berlaku perubahan kuasa," katanya.

Himpunan petang tadi berakhir kira-kira jam 3.45 petang.


Khamis, 25 Julai 2013

PERBEZAAN KERAJAAN SELANGOR DAN KERAJAAN PUSAT

Untuk makluman sahabat2..kalo kita lihat dari segi kekuatan ekonomi..kerajaan pusat la yang sepatut nye menjuarai berbanding kerajaan negeri selangor..tp ape yang dilihat dari mata yg jelas lg terang..kerajaan negeri selangor di bawah pemerintahan pakatan rakyat la yg menjuarainya..xmustahil pulau pinang dan kelantan akn turut serta dalam kejuaraan ni..semoga negeri di bawah pakatan rakyat cemerlang dalam mentadbir negeri yang di perintah..Itu la perbezaan nye..hehe..ape yang penting bg sesesbuah kerajaan adalah menjaga kebajikan pekerja..tanpa pekerja xmungkin kerajaan itu boleh wujud..bagi la bonus kepada kakitangan kerajaan untuk menghargai jasa mereka..jangan nk dekat pilihan raya baru nk bg..apela..

Tahniah! Secara Rasminya BN Kekal Kerusi Kuala Besut, Menang Seluruh Saluran Termasuk Undi Pos..


Secara rasminya SPR telah mengumumkan sebentar tadi bahawa calon dari Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman telah memenangi Pilihanraya Kecil N01 Kuala Besut.

Beliau telah memperolehi 8,288 undi mengalahkan calon PAS, Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan nama Che Long yang mendapat 5,696 undi, jumlah undi rosak dan ditolak ialah 125.

Majoriti yang diperolehi oleh Tengku Zaihan ialah 2,592 undi meningkat 158 undi berbanding Pilihanraya Umum 13 lalu iaitu 2,434 undi, walaupun lebih dari RM477 Juta telah dilaburkan disini bagi memikat hati pengundi.

Bagaimanapun jumlah undi yang diterima oleh calon PAS menyaksikan kemerosotan berbanding dengan jumlah yang diterima pada Pilihanraya Umum lalu sebanyak 679 undi.

Pada Pilihanraya Umum lalu calon PAS, Napsiah Ismail mendapat 6375undi..

Sebelum ini The Malaysian Insider melaporkan.. Di Pulau Perhentian yang tamat tempoh pengundiannya jam 3 petang tadi, calon BN mendahului calon PAS dengan majoriti yang lebih besar berbanding Pilihan Raya Umum 13 (PRU13), Mei lalu.

Keputusan tidak rasmi di daerah mengundi ini menunjukkan calon BN menang dengan majoriti 275 berbanding 269 undi dalam PRU13.

Berdasarkan Borang 14 (borang yang menyatakan keputusan kiraan undi yang disahkan oleh wakil kiraan undi setiap parti), calon PAS juga tertinggal di Daerah Mengundi Bukit Puteri padahal dalam PRU13, calon PAS menang dengan majoriti 90 undi.

Keputusan dua saluran mengundi di Bukit Puteri menunjukkan calon BN mendahului calon PAS dengan majoriti 54 undi.

SPR memaklumkan, keputusan rasmi dijangka akan diumumkan kira-kira jam 10.30 malam nanti.

Bilik gerakan PAS dan BN menerima keputusan pilihan raya ini satu persatu berdasarkan saluran mengundi yang sudah selesai dikira.

Sementara itu, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menulis ucapan tahniah kepada BN atas kemenangan di DUN Kuala Besut.

"Tahniah BN, kita menang dengan majoriti lebih baik walaupun jumlah keluar mengundi 79 peratus, kita menang semua pusat daerah mengundi.

"Terima kasih rakyat Kuala Besut (kerana) undi BN," katanya.

Ni keputusan awal..


Ulasan menarik mengenai keputusan ini sila baca di ( SINI )

Malu nak umum RM500 sebagai bonus, Najib umum sebagai 'Bayaran Bantuan Khas Kewangan'?


Orang kata.. sepertimana penggunaan ayat 'Pelarasan oleh Kerajaan' yang membawa maksud 'Kenaikkan harga', perkataan 'Bayaran Bantuan Khas Kewangan' telah digunakan bagi menggantikan perkataan 'Bonus'.

Perkataan itu digunakan bagi mengelakkan dari Kerajaan Negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat menambah jumlah bonus yang diberikan kepada seramai 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilannya.

Sebelum ini Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengumumkan pembayaran bonus Hari Raya sebanyak sebulan gaji kepada kakitangan awam di negeri itu dengan peruntukkan RM30 juta untuk seluruh kakitangannya itu..

Kata Tan Sri Khalid ketika mengumumkan perkara itu “Sekiranya kerajaan Pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini,”

Oleh itu kerana malu untuk mengumumkan RM500 sebagai bonus untuk Kakitangan Kerajaan maka Najib mengumumkannya sebagai  'Bayaran Bantuan Khas Kewangan'..

Najib umum bantuan RM500 untuk penjawat awam 

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54. 

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka. 

Katanya pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini. Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini. 

Di samping bayaran bantuan khas itu, penjawat awam menikmati dua Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) pada tahun ini, katanya. 

"Pertama, kenaikan gaji tahunan biasa dan kedua adalah pemberian faedah pemindahan gaji yang diawalkan bersamaan dengan amaun 1KGT mengikut gred gaji masing-masing yang akan diterima esok, sebagaimana yang diumumkan oleh saya dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-13," katanya. 

Najib berkata langkah itu berikutan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan dan pembetulan struktur gaji yang akan diselesaikan pada Disember ini dalam Sistem Saraan Transformatif. 

Katanya, pembayaran KGT ini melibatkan peruntukan kewangan RM1.3 bilion bagi 1.4 juta penjawat awam bagi tempoh enam bulan atau RM3.9 bilion untuk setahun. 

"Faedah ini akan diperoleh sepanjang tempoh perkhidmatan. Mereka juga akan menerima faedah pencen yang lebih tinggi berikutan kenaikan dua KGT pada tahun ini," katanya. 

Najib berkata kerajaan memperuntukkan RM4.7 bilion bagi pembayaran KGT dan Bayaran Bantuan Khas Kerajaan bagi penjawat awam dan pesara bagi membantu meringankan beban kewangan bagi persiapan hari raya. - Bernama

Bersyukurlah wahai semua Kakitangan Kerajaan Pusat.. daripada tak ada lebih baik ada...Lagipun dulu Najib kata RM500 dari kerajaan ni cukup untuk belanja selama satu tahun...

Selasa, 23 Julai 2013

SIAPA BASYAR ASSAD LAKNATULLAH

Pelbagai spekulasi yang timbul berhubung isu yang berlaku di Syria. Tidak seperti kebangkitan rakyat yang berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya yang menumbangkan Rejim Pemerintah di negara mereka, ternyata Rejim Assad lebih "LIAT". Seolah-olah beliau dan kepimpinannya dilindungi oleh 'Kuasa Besar'.

Apa yang aku ingin coretkan dalam artikel ini bukanlah mahu meributkan lagi spekulasi, cuma aku mahu berkongsi kepada kalian semua perilaku Si Rejim Assad yang namanya layak bersama Firaun, Namrud dan Qarun.

Kau lihat ini temanku :
??????? Penyokong rejim sujud kepadanya????
Kau lihat teman!
Nau'zubillah!! Kau bayangkan, Surah Al-Ikhlas ditukar sedemikian rupa dengan memasukkan namanya. Islamkah lagi ini teman?
Kalimah Syahadah juga diubah!

Ada yang berkata, pemberontakan rakyat Syria ini ditaja oleh Nato, EU, Amerika, Mossad bla bla bla... 

Sedangkan inilah realitinya. Mari aku kongsikan lagi kepada kalian. 

Baca ini teman-teman, perkongsian dari pembantu khas Yusuf Al-Qaradhawi, Dr Khalid Hassan Al-Hindawi : 
Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi, pembantu khas Dr Yusuf al-Qardhawi, telah diamanahkan Ketua Ikatan Ulama Islam Antarabangsa itu untuk memberitahu berita dan hal sebenar yang berlaku di Syria. Beliau yang baru sahaja melawat Indonesia diminta oleh Dr Yusuf al-Qardhawi untuk ke Malaysia. Seperti mana revolusi yang sedang berlaku di Yaman dan Syria, beliau juga mengharapkan agar di Malaysia juga berlaku perubahan yang lebih baik khususnya dalam kalangan umat Islam.

Menurut beliau, revolusi bermula di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti di Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria menentang pemerintahan kejam Basyar Al-Assad.

Tambahnya, golongan zalim tidak berhenti mengaburkan kebenaran, tapi mereka gagal, seperti kata Ali r.a. "Pemerintah yang batil (zalim) itu hanya sementara tetapi pemerintah yang benar kekal selamanya.”

Kata-kata Ali r.a. bertepatan dengan firman Allah Subhanahu Wa Taala di dalam surah al-Israk ayat 81:
“Dan katakanlah: ”Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap."

Dr Khalid melihat kerajaan Syria pimpinan Basyar Al-Assad dan orang yang sepertinya sekarang berpolitik ala Firaun seperti mana yang dilakukan oleh pemerintah Tunisia, Mesir, Yaman, dan Libya. Mereka mencuri harta-harta rakyat dan memakannya dengan cara yang haram, memenjarakan rakyat sendiri, membunuh para ulama, melakukan pembunuhan beramai-ramai, merogol dan mencabul kehormatan wanita-wanita, menghalang perempuan beriman daripada memakai hijab serta menindas orang yang lemah seperti orang tua dan kanak-kanak.

Dan mereka ini tidak akan kekal seperti dalam surah ar-Ra’d ayat 17:

“Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.”

Beliau menceritakan latar belakang sejarah Syria, yang merdeka daripada penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya, Basyar Al-Assad yang kini memerintah selama 11 tahun.

Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator. Syeikh Khalid menceritakan tentang konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari, mengorbankan hampir 46,000 ribu penduduk Hama yang merupakan penganut Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Komposisi rakyat Syria: 6% darinya adalah Syiah Alawiyah, 10% beragama Kristian dan 84% Muslim ASWJ. Iran mempertahankan tindakan ganas rejim Hafez dan Basyar yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan yang menyokong tindakan Hafez yang merupakan Syiah Alawiyah. Beliau seterusnya menyebut sifat-sifat Syiah yang begitu membenci ASWJ, menghina Khulafa Ar-Rasyidin dan isteri-isteri Rasulullah s.a.w. Sehingga hari ini Iran dan Hizbullah di Lubnan yang berfahaman Syiah masih menyokong rejim Basyar di Syria.

“Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab kita untuk membela darah pemuda, pemudi dan huffaz. Kita kena sokong revolusi di Syria, kena tunjukkan keberanian kita menentang rejim zalim ini.

“Mereka membenci ASWJ, dan Hizbullah di Lubnan juga menyokong mereka. Jadi kita perlu menyokong saudara kita di Syria. Sekiranya Hizbullah berani menyokong Basyar ini, kenapa kita tidak berani menyokong golongan yang mempelopori revolusi ini?” tegasnya.

Fakta kekejaman rejim Basyar terhadap revolusi di Syria sekarang menunjukkan kematian 8,500 orang penyokong revolusi, 39,000 orang cedera, sementara 19 doktor serta 40 orang pesakit sebuah hospital di Doma dibunuh dan 180,000 tahanan dalam penjara diseksa yang mana 413 orang darinya mati dalam tahanan.

Dalam tempoh lapan bulan, telah berlaku revolusi siang dan malam, rakyat menghadapi senjata berat dan kereta kebal hingga rumah dan masjid dirobohkankan, wanita dibawa ke tempat yang tidak diketahui, malah ada wanita yang diperkosa di hadapan suami mereka sambil diikat.

Menurut Syeikh Khalid lagi, seorang remaja perempuan di Homs, bernama Zainab Al-Husni, 23 tahun, ditangkap dan ingin diperkosa tetapi beliau melawan. Akhirnya beliau dipotong empat dan dihantar kepada keluarganya. Ratusan kanak-kanak turut dibunuh hingga ada yang dipotong-potong.

Beliau menegaskan, ”Apakah kita perlu berdiam diri? Bagaimana kita harus bersabar di atas taghut yang kejam ini!“
Rejim Basyar juga telah memaksa kakitangan kerajaan untuk keluar berdemonstrasi menyokong kerajaan untuk mengaburkan fakta dan memberitahu dunia bahawa rakyat masih menyokong mereka. Kakitangan yang tidak menyokong kerajaan akan hilang pekerjaan mereka.

Katanya, pejuang yang terlibat dalam revolusi akan bersiap, berwuduk dan mandi dengan wangian kerana mereka bersedia untuk mati syahid. Beliau menganggarkan 95% rakyat Syria menentang rejim itu walaupun mereka ditakut-takutkan dan diugut sekiranya turun menyertai revolusi.

Jelasnya, ada maklumat yang silap difahami oleh bukan negara Arab yang menyangka kononnya rejim Basyar sedang menyerang Israel sedangkan mereka tidak pernah menyentuh Israel, tetapi mereka membunuh rakyat mereka sendiri. Malah kapal terbang Israel boleh berada di atas istana Presiden tanpa diambil sebarang tindakan.

“Selama 43 tahun Bukit Golan diduduki oleh Israel tetapi regim Hafez Al-Assad dan ayahnya tidak pernah membunuh walau seorang pun Yahudi, tetapi mereka telah membunuh ribuan penduduk Hama yang terletak hanya enam kilometer dari Bukit Golan.”

“Maka di mana buktinya bahawa rejim yang kejam ini menunjukkan permusuhan ke atas Israel?” tanya beliau.
Beliau seterusnya menegaskan bahawa terdapat perjanjian rahsia antara Syria dan Israel. Basyar merupakan al-Assad (singa) kepada rakyat mereka tetapi penakut dengan Israel.

Kekejaman rejim Basyar terserlah sehingga jika ada tentera rejim yang tidak mahu menembak ASWJ, mereka akan dipenjarakan dan dibunuh. Keadaan ini menyebabkan lebih 30,000 tentera Syria berpaling tadah meninggalkan rejim.
Beliau seterusnya menyatakan fatwa Rabitah Ulama Syria oleh Dr Ali As-Sobuni bahawa sekiranya tentera menyerang rumah penduduk, mereka hendaklah melawan walau dengan sebilah pisau, dan mereka dihukumkan syahid sekiranya terbunuh berdalilkan hadis berikut:

“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid ”(HR Abu Daud, An-Nasaie dan Tirmizi, disahihkan oleh Al-Albani dan Ahmad dengan sanad yang Sahih).

Sebanyak 18 negara Liga Arab telah bersetuju untuk mengenakan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria sehingga rejim Syria menghentikan kekejaman ke atas rakyatnya. Begitu juga, negara-negara Persidangan Negara-negara Islam (OIC) turut memulau Syria.

Revolusi di Syria bersangkut-paut dengan tiga sebab utama iaitu penindasan rakyat lebih 40 tahun, kebangkitan rakyat di negara-negara Arab lain dan kemuncaknya adalah insiden 20 remaja menconteng dinding dengan menulis “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Remaja-remaja itu ditangkap, diseksa, dicabut kuku, tangan dan kaki, hingga seorang daripadanya meninggal dunia.
iti
Apabila ibu bapa kanak kanak itu datang untuk membebaskan anak-anak mereka dari penjara, ketua polis penjara mengatakan kepada mereka:

"Kamu balik sahajalah, lupakan anak anak-anak itu dan anggaplah mereka telah tiada..., jika kamu hendak anak-anak lagi berikan kami isteri-isteri kamu (agar kami rogol), hasil daripada itulah anak-anak kamu.”

Dari situlah bermulanya demonstrasi yang semakin hari bertambah momentumnya dari hanya ratusan ribu hingga pada hari ini 3 juta demonstran telah mengadakan tunjuk perasaan di 157 bandar seluruh Syria mendesak Basyar berundur.

Syeikh Khalid turut menjelaskan tentang pendirian Dr Sa’id Ramadhan al-Buti dalam politik Syria. Menurutnya, Dr Sa’id adalah antara lima orang ulama yang menyokong rejim berbanding 95% ulama yang menentang. Beliau menyifatkan Dr Sa’id sebagai ulama yang 'berilmu' tetapi kurang tajam dalam perspektif politik.

“Tidak hairanlah para pemuda di sana membakar buku-buku karangan beliau. Ramai lagi ulama lain yang menulis buku sirah yang amilin. Jadikanlah ulama-ulama amilin sebagai rujukan,” katanya.

Akhirnya, beliau menyeru umat Islam membantu rakyat Syria, menyeru peranan mufakkir, duat, asatizah untuk mengetengahkan dan sentiasa prihatin tentang isu di Syria, menceritakan kepada masyarakat tentang kezaliman dan apa yang berlaku di Syria.

Beliau turut menyarankan kepada para wanita yang solehah, untuk menceritakan kekejaman yang berlaku kepada saudara perempuan mereka di Syria dan berdoa untuk mereka.

“Hendaklah kamu berdoa untuk saudara-saudara kamu di Syria dengan ikhlas, siang dan malam supaya Allah membantu mereka dan membebaskan mereka daripada kezaliman pemerintah mereka.”

Kerana Kezaliman BN Kedah, Kakitangan Insaniah Holdings 'Makan Ketupat Berendangkan Pasir' Aidil Fitri Ini?


Ramai kakitangan Insaniah Holdings, anak syarikat kepada Kolej Universiti Insaniah (KUIN) meluahkan rasa kecewa kerana masalah kebajikan yang melanda mereka sekarang tidak dapat pembelaan dari mana-mana pihak.

"Termasuk pihak pembangkang," kata mereka.

Pihak pembangkang, khususnya ADUN Pakatan Rakyat mungkin tidak mendapat maklumat yang jelas mengenai kepincangan terkini KUIN.

Atau ADUN pembangkang barangkali sedang mengalami penyakit yang sama dialami ADUN BN selepas kalah PRU12 lalu, iaitu 'belum sedar' sepenuhnya bahawa mereka adalah pembangkang justeru memerlukan sedikit masa lagi untuk menyesuaikan diri sebagai pembangkang.

Itu proses biasa bagi parti yang kalah pilihanraya sebagai sebuah kerajaan. Isu besarnya ialah kakitangan Insaniah Holdings tidak mendapat gaji sudah tiga bulan!

Semua proses untuk menuntut sara hidup itu telah dibuat tetapi hingga kini belum berhasil. Selepas Pakatan tumbang, kakitangan Insaniah Holdings telah diketepikan.

Kerajaan negeri tidak meletakkan keutamaan lagi untuk membayar gaji kepada GLC tersebut memandangkan kewujudannya dipertikaikan sewaktu BN menjadi pembangkang dahulu.

Ada cakap liar yang berbunyi, oleh kerana ia diwujudkan diwujudkan oleh kerajaan terdahulu maka biarlah 'Ustaz Azizan dan Prof. Jamil Osman (bekas rektor) yang membayar gaji staf Insaniah Holdings'.

Kakitangan Insaniah Holdings yang dizalimi itu telah mengambil pelbagai tindakan untuk mengembalikan hak mereka namun pihak atasan KUIN hanya berlepas tangan.

Antara tindakan yang mereka lakukan ialah mengadu kepada Menteri Besar, pihak istana, Timbalan Menteri Pelajaran dan Exco Pelajaran Negeri Kedah namun tiada tindakbalas positif yang diterima.

Kumpulan tersebut juga telah membuat laporan kepada Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, Mahkamah Sivil dan Yayasan Perdana yang dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir namun semuanya tidak dapat berbuat apa-apa.

Masalah yang melanda Insaniah Holdings akan menjejaskan juga beberapa program pengajian secara langsung kerana mereka yang menguruskan program dan membayar gaji pensyarah.

Isu ini sangat besar jika berlaku di bawah kerajaan Pakatan, namun apabila berlaku di bawah BN maka semua media talibarut BN menggelapkan laporan tersebut.

Itu kebebasan media ala Malaysia, bebas menyembunyikan keburukan BN. Bayangkan pelajar lama yang pulang dari cuti semester dan pelajar baru sepatutnya sudah mula kelas 14 Julai 2013 di kampus induk Kuala Ketil tidak dapat memulakan pengajian mereka untuk semester baru.

Mereka hadir mendapati pensyarah dan kakitangan pentadbiran tiada. Para pelajar hanya berkeliaran di bangunan kuliah seperti anak-anak ayam kehilangan ibu. Beberapa pelajar Multimedia dan Muamalat menghubungi ibubapa masing-masing, ada waris yang naik berang dengan KUIN dan meminta anak mereka berhenti saja.

Untuk berurusan, pelajar terpaksa ke Mergong pula sebab semua urusan Hal Ehwal Akademik dan Hal Ehwal Pelajar di pindahkan kembali ke sana.

Jika disemak dalam laman web KUIN kini, program yang wujud hanyalah yang ditawarkan semasa zaman BN dahulu seperti Kulliyyah Syariah Dan Undang-Undang, Kulliyyah Usuluddin, Kulliyyah Bahasa Arab, Kulliyyah Al-Quran Dan Sunnah, Kulliyyah Muamalat, Pusat Pengajian Dan Perkhidmatan Kaunseling Dan Psikologi.

Semua program yang diwujudkan di zaman Pakatan tiada lagi. Soalnya, jika hanya program tersebut ditawarkan KUIN perlu membuat penjelasan rasmi berhubung status program yang dikendalikan Insaniah Holdings.

Kalau tutup, lakukan mengikut prosedur bukan dengan membiarkan ia tergantung begitu saja kerana ia melibatkan pendidikan dan masa depan anak bangsa.

Pentadbir KUIN jangan letak kepentingan hawa nafsu untuk membalas dendam melebihi kepentingan yang lain.

Keyakinan masyarakat umum terhadap KUIN sebaik kerajaan Kedah diambilalih oleh Umno jatuh merudum.

Belum pernah terjadi sepanjang sepenggal Pakatan mentadbir, kemasukan pelajar baru sesi cuma 500 orang seperti yang mendaftar baru-baru ini.

Sewaktu KUIN ditohmah saban waktu di masa Pakatan pun paling kurang kemasukan pelajar baru ialah 1200 orang.

Apa yang dibanggakan sekarang oleh segolongan pentadbir KUIN ialah apabila Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir umumkan KUIN sebagai sebuah badan berkanun kerajaan negeri.

Bekas Exco Kerajaan Negeri Dato' Phahrolrazi Zawawi menyifatkannya sebagai mundur ke belakang dan boleh menjejaskan perkembangan universiti berkenaan.

Katanya, taraf KUIN yang berstatus syarikat milik kerajaan berpotensi untuk dinaik taraf kepada status korporat, bukannya kembali bernaung di bawah kerajaan negeri.

Apabila sesebuah institusi menjadi badan berkanun, ianya tertakluk pada peraturan kerajaan termasuk wujudkan jawatan, pengambilan pensyarah dan kakitangan.

Perkembangan KUIN akan terbatas dan sebarang keputusan terhad kerana perlu dirujuk kepada lembaga pengarah dan kerajaan negeri. Selain itu ia akan terikat dengan apa saja prosedur dan birokrasi kerajaan negeri.

Banyak IPT dinaik taraf kepada pengkorporatan yang sebelum ini berstatus syarikat, antaranya Universiti Islam Antarabangsa.

Entahlah, masalah kakitangan Insaniah Holdings yang tertindas tidak terbela, para pelajar jadi mangsa, tiba-tiba KUIN mundur ke belakang pula ~ Zulya Nota Utara

Ahad, 21 Julai 2013

Apa Yang Berlaku Sebenarnya Di Syria ?

PERISTIWA SYRIA Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun.Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator. Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ) Ahli Sunnah Waljamaah. Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah. Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad. BERMULA ZAMAN AYAHNYA Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama. Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu. Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria. PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria. BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH. 1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria. 2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja. 3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma. 4-9000 tahanan ditahan. 5-413 orang telah syahid di dalam penjara. 6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu. 7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau. 8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai. 9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad. 10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni.. 84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel.. #RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI… FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut; “Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid” -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih. Bedak Syria Murah PERKARA TERBARU 1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri. 2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah. 3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID…. 4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini. 5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria. KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA? 1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA.. 2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta. 3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau. 4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel. 5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar. PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA -Mendoakan saudara kita di Syria -Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan -Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA. Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI” dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim: Kalam Saidina Ali KWJ; “Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat”. Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra’ ayat 81; “Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”. Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.

10 CARA BUAT DUIT MENGGUNAKAN FACEBOOK

Anda yang dihormati, lebih daripada 115 juta orang log masuk ke laman Facebook setiap bulan. Ia merupakan jaringan sosial yang terbesar dan satu tempat yang menarik di dalam web untuk membina jenama anda dan membawa traffic ke laman anda. Anda boleh mendapatkan pendedahan segera kepada perniagaan anda menggunakan teknik-teknik yang dibincangkan di dalam artikel ini. 1. Membina satu jaringan Facebook. Sebelum anda mula untuk mengaplikasi mana-mana teknik yang dibincangkan di sini, anda perlu membina satu jaringan rakan-rakan Facebook. Untuk melakukannya, sertai beberapa kumpulan yang berkaitan dengan perniagaan anda dan beberapa kumpulan yang anda sangat minati. Tanya orang yang berada di dalam kumpulan-kumpulan untuk menambah anda sebagai rakan mereka. Facebook juga mempunyai satu alatan hebat yang mencadangkan orang yang mungkin anda ingin kenali. Hantar permintaan kepada orang-orang tersebut untuk menambah anda sebagai rakan mereka. Hantar mesej pendek menjelaskan kenapa anda mahu untuk menjadi rakan mereka. Jika anda menghantar 20 permintaan setiap hari, anda boleh mendapat jaringan lebih daripada 1,00 kenalan di dalam masa dua bulan. 2. Kemaskini status anda setiap hari. Log masuk setiap hari dan kemaskini status anda. Jangan gunakan mesej-mesej status seperti “Saya sedang tidur sekarang”, “Baru balik daripada kerja”. Mesej-mesej status seperti ini tidak menarik. Gunakan contohnya kasih sayang, dedikasi, etika kerja, keamanan, peperangan, dan lain-lain. Anda juga boleh menggunakan jenaka. Matlamat anda adalah untuk menarik perhatian orang kepada mesej anda supaya mereka akan melihat profil anda untuk mengetahui lebih lagi tentang anda. 3. Ucapkan selamat hari lahir setiap hari. Facebook juga memaparkan hari lahir rakan-rakan di dalam rangkaian anda yang bakal tiba. Setiap hari hantar ucapan hari lahir kepada mereka yang menyambutnya. Baca profil mereka untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang mereka dan tulis mesej peribadi yang menarik di paparan muka laman mereka. Jangan gunakan mesej-mesej hari lahir yang dicetak sama untuk semua orang. Apabila anda menulis di paparan muka Facebook rakan anda, semua orang di dalam rangkaian akan mendapat berita kemaskini anda. Anda perlu menulis sesuatu yang menarik perhatian. Anda mungkin mereka 10 hingga 20 mesej-mesej hari lahir yang mencuri perhatian dan kemudian ubahnya sedikit untuk setiap rakan. 4. Bina satu halaman perniagaan. Selain halaman peribadi anda, anda juga patut mereka satu halaman perniagaan. Mencipta satu halaman perniagaan adalah serupa dengan membuat halaman peribadi di Facebook. Reka satu logo yang cantik dan gunakan ia untuk gambar halaman perniagaan anda. Seterusnya, jadi salah seorang peminat halaman perniagaan anda. Anda boleh menggunakan halaman perniagaan untuk melancarkan kempen pengiklanan yang disasarkan di Facebook. Promosi halaman perniagaan Facebook anda menggunakan blog, komen blog, serta lain-lain dan tanya orang untuk menjadi peminat perniagaan anda. Gunakan sedikit bahan-bahan promosi, seperti t-shirt percuma, buku elektronik percuma dan sebagainya sebagai insentif untuk menjadi seorang peminat. 5. Label gambar-gambar promosi menggunakan nama-nama rakan anda. Muat naik semua gambar-gambar promosi ke halaman perniagaan anda. Sesetengah orang melabel gambar-gambar ini dengan nama-nama rakan mereka yang berpengaruh di dalam rangkaian. Gambar promosi anda akan keluar di bahagian news feeds rakan anda tersebut. Sekali anda membuat satu jaringan rakan, buat satu senarai rakan dengan jumlah rakan yang tinggi, dengan jumlah lebih daripada 1000. Sediakan rangkaian mini anda untuk melabel nama masing-masing di gambar-gambar promosi. 6. Tukar status perhubungan anda dengan kerap jika boleh. Satu daripada aktiviti yang jarang berlaku di Facebook adalah menukar status perhubungan. Kerana orang tidak menukar perhubungan mereka dengan kerap, Facebook meletakkan perkara yang penting untuk menukar perhubungan dan menghantar berita kepada semua orang di dalam rangkaian anda pada bila-bila masa terdapatnya perubahan di status perhubungan anda. Orang ramai telah meneliti ketidakpastian ini untuk menarik perhatian ke profil mereka. Merka menukar perhubungan mereka hampir setiap minggu dan cuba untuk menarik pengunjung-pengunjung ke profil mereka. Ianya terpulang kepada mereka untuk menggunakan teknik ini kerana ia mungkin tidak menggambarkan status perhubungan anda yang sebenar.Jika anda gunakan teknik ini, jangan lupa untuk siarkan sedikit bahan-bahan promosi di bahagian promosi peribadi anda. 7. Hadiri Pelbagai Acara. Facebook merupakan tentang perjumpaan rakan-rakan di suatu tempat untuk acara tertentu,sebenarnya untuk alumni kolej. Facebook memberi keutamaan yang tinggi untuk acara-acara di bahagian news feed. Misi anda ialah untuk RSVP semua acara di dalam rangkaian anda walaupun anda tertinggal beberapa daripadanya. Apabila rakan-rakan anda melihat anda merupakan pengunjung acara yang kerap, mereka akan menganggap anda sebagai sumber acara. Helah ini adalah untuk memaparkan nama anda di semua tempat yang anda boleh. Oleh kerana rakan-rakan anda melihat nama anda beberapa kali, sesetengahnya akan berasa ingin tahu untuk melihat profil anda. 8. Import pos blog anda. Jika anda mempunyai blog, import RSS feed blog anda ke Facebook. Facebook akan menyiarkan artikel di dalam feed sebagai nota Facebook secara automatik. Galakkan rakan-rakan anda untuk memberi komen terhadap artikel anda di Facebook. Anda juga boleh melabel rakan-rakan di dalam artikel tetapi jangan lakukan secara berlebihan. 9. Poskan komen-komen di kumpulan-kumpulan yang terkenal. Lawati kumpulan yang terkenal di Facebook yang anda telah sertai secara berkala dan poskan komen-komen. Juga seperti komen blog atau pos untuk forum, komen kumpulan yang terkenal Facebook juga akan menarik perhatian kepada nama anda serta profil. Tambahkan sesuatu yang berharga atau poskan satu sambungan yang menambah nilai kepada topik di bawah perbincangan. 10. Mulakan acara anda sendiri. Acara-acara adalah terkenal di dalam Facebook dan jika anda boleh mempromosikannya dengan betul, ia akan memberi kesan dan ribuan orang akan mendaftar untuknya. Hantar jemputan kepada rakan-rakan rangkaian anda yang mempunyai ribuan rakan lain di dalam rangkaian mereka dan juga kepada rakan-rakan wanita yang menarik perhatian di dalam rangkaian anda yang mungkin tidak ramai kenalan.

Masjid dan Surau Lebih Aktif di Bawah Pakatan Rakyat

Peranan masjid dan surau di sekitar kawasan negeri Selangor dilihat lebih aktif dalam menganjurkan program yang bukan hanya berbentuk keagamaan, malah turut merangkumi aktiviti kemasyarakatan sejak negeri itu ditadbir Pakatan Rakyat (PR) pada Mac 2008. Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata, Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjaya mengembalikan fungsi masjid dan surau sebagai tumpuan masyarakat Islam untuk beribadah dan mendapat ilmu. Menurutnya, bagi merancakkan program Ihya Ramadan pada tahun ini, Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memperuntukkan sebanyak RM2.7 juta untuk diagihkan kepada semua masjid dan surau di negeri ini. Katanya, bagi masjid peruntukan sebanyak RM1,650 akan diserahkan, sementara surau yang mengadakan solat Jumaat akan menerima sumbangan sejumlah RM1,250 dan RM1,000 pula akan diberikan kepada surau di seluruh Selangor. “Masjid dan surau diamarahkan dengan begitu baik sekali sejak PR memerintah, malah jauh lebih baik daripada 10 tahun yang lalu. “Saya menerima banyak respon positif daripada masyarakat setempat yang begitu berpusu-pusu untuk mengunjungi masjid di sekitar Selangor kerana teruja terhadap aktiviti dan program keagamaan serta ilmu yang dianjurkan,” katanya semasa menghadiri Majlis Penyerahan Kurma kepada Masjid di sekitar DUN Pelabuhan Klang, di sini. Dalam majlis itu, Faekah yang mewakili Abdul Khalid menyerahkan kira-kira 2,000 pek buah kurma kepada setiap 10 buah masjid di sekitar DUN itu. Antara masjid yang menerima sumbangan tersebut ialah Masjid Bukit Tinggi, Masjid Pendamar, Masjid Kampung Idaman, Masjid Ar Rahman dan Masjid Ubudiah. Agihan kurma telah dilaksanakan sejak tahun 2008 lagi bagi beberapa kawasan di sekitar Selangor di mana tidak kurang 10,000 pek akan diagihkan kepada rakyat. -selangorku

Ahmad Said Utamakan Zoo Daripada Pendidikan

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said didakwa lebih mengutamakan haiwan dengan pembinaan projek zoo dan juga zon bebas cukai, berbanding melengkapkan projek Taman Ilmu di Tembila, Besut yang dibawa oleh bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh pada 2004. Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad Shah mendakwa sejak Ahmad Said mengambil alih tampuk pimpinan Terengganu, projek Taman Ilmu yang di bawa Idris diabaikan, termasuk dari segi kewangan dan keutamaannya. Projek di atas tapak seluas 700 ekar telah diperuntukkan beberapa universiti dan kolej pendidikan. "Sehingga hari ini, taman ilmu masih belum disiapkan sepenuhnya dan CF tidak boleh dikeluarkan untuk mana-mana bangunan untuk digunakan. "Dalam masa yang sama, dua daripada bangunan-bangunan yang dibina telah mengalami masalah struktur di mana satu daripadanya mungkin terpaksa diroboh dan satu lagi mengalami masalah yang hampir sama," katanya. Malah beliau turut mendakwa, disebabkan faktor kewangan, kontraktor yang dianugerahkan projek berkenaan telah menjalankan "mutual agreement" dengan kerajaan negeri bagi menghentikan pembinaan projek Taman Ilmu yang kini telah pun siap hingga 90%. "Bila perkara itu diwujudkan Idris Jusoh, pada 2005 tender itu telah diberikan beberapa kontraktor, beberapa universiti juga telah dikenalpasti untuk diletakkan di taman ilmu," katanya ketika sidang media di Markaz PAS di sini. "Keutamaan yang sepatutnya diberi kepada anak serta penuntut tempatan telah disalurkan kepada projek memelihara haiwan-haiwan liar yang mahal dengan projek bernilai berjuta-juta ringgit. "Dalam masa yang sama kerajaan sedang berbelanja beratus juta ringgit membina kompleks bebas cukai di Pulau Bayas di tengah ceruk hutan Tasik Kenyir," dakwanya lagi. Alasan yang digunakan Ahmad Said, jelas Raja Kamarul Bahrin, adalah bahawa projek berkenaan merupakan beban kepada negeri. "Tetapi pada pendapat saya ia soal keutamaan. Tanpa zoo dan barangan bebas cukai kita masih boleh hidup," tegasnya lagi. -TMI

CARA NAK BUAT BLOG

*PERINGATAN TUTORIAL INI ADALAH MENGGUNAKAN OLD DASHBOARD      
  TEMPLATE.

Nak daftar blog ni tak la susah sangat...tak perlu buat barisan panjang pun...hanya duduk depan Laptop atau PC...tak sampai pun sehari...kejap jerrr....hihihihi...
 
Cara Buat Akaun Blogspot


Tapi sebelum tu...korang kena la ada akaun Google...kalau nak guna akaun lain pun boleh jugak...tapi aku nasihatkan korang guna la akaun google "kenapa plak macam tu???"...sebab ia akan memudahkan korang semua pada masa akan datang....

Kalau korangdah ada akaun google...korang boleh terus sign in dekat sini.http://mail.google.com/mail/?hl=en&tab=im.

Buat korang yang belum ada tu, sila daftarkan dahulu disini untuk memudahkan proses pendaftaran akaun blogspot.

Berikut adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk mendaftar akaun blogspot.

1. Buka link www.blogger.com

2. Apabila paparan sudah keluar, klik pada 'create a blog'

Cara Buat Akaun Blogspot


3. Seterusnya masukkan maklumat yang dikehendaki kemudian klik 'continue'.

Cara Buat Akaun Blogspot


4. Kemudian masukkan blogname dan juga blog address
  • Blog name lebih merujuk kepada trademark sesebuah blog
  • Blog address akan digunakan oleh pengunjung untuk membuka blog anda. Blog address antara perkara paling penting bagi sesebuah blog. Untuk memudahkan pemahaman, sila rujuk Tips Pemilihan URL Untuk Blog.

Cara Buat Akaun Blogspot


5. Pilih template yang korang rasa sesuai, kemudian klik 'continue'

Cara Buat Akaun Blogspot
6. Siap. Korang sudah mempunyai akaun blogspot anda sendiri ada boleh mula untuk menaip entri pertama anda.:)

Cara Buat Akaun Blogspot

SOAL JAWAB AGAMA

MELAKUKAN AQIQAH DENGAN DUA EKOR KAMBING BERPERINGKAT

Soalan; Assalamualaikum, Akikah utk Baby lelaki. Boleh tak majlis akikah buat 2 Kali; Majlis akikah yg pertama seekor kambing, Majlis akikah yg ke 2 (Hari yg berbeza) seekor lagi kambing ...Atau 1 bahagian lembu. Terima kasih

Jawapan;

Aqiqah untuk anak lelaki disunatkan dua ekor kambing sebagaimana dalam hadis; “Bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sekufu dan bagi anak perempuan seekor kambing” (HR Imam Abu Daud dari Ummu Kurzi al-Ka'biyah RA. Sunan Abu Daud, 2834). Menurut ulamak mazhab Syafiie; harus dilakukan juga dengan dua tumpuk lembu. (lihat jawapan sebelum ini; Hukum Aqiqah dengan lembu).

Sebaik-baiknya dua ekor kambing (atau dua tompok) itu dilakukan bersama kerana dapat segera terhasil pahala beraqiqah dengan dua ekor kambing sebagaimana yang disunatkan oleh Nabi SAW bagi anak lelaki tadi. Namun jika hendak dilakukan seekor dulu, tidaklah dilarang kerana menurut ulamak; sekalipun aqiqah untuk anak lelaki digalakkan dua ekor kambing, namun jika dilakukan seekor sahaja ia adalah sah dan terhasil pahala aqiqah. Nabi SAW sendiri walaupun menggalakkan dua ekor, tetapi baginda hanya melakukan seekor sahaja untuk cucunya. Ibnu 'Abbas RA menceritakan; “Rasulullah SAW melakukan aqiqah bagi Hasan RA dan Husain RA dengan (menyembelih) seekor kibas (untuk Hasan) dan seekor kibas lagi (untuk Husin)” (HR Imam Abu Daud. Sunan Abu Daud, 2841).


Apabila telah dilakukan seekor, kemudian dilakukan lagi seekor maka yang kedua dianggap penyempurnaan bagi aqiqah yang pertama, namun pahalanya tidak sama dengan yang pertama kerana ibadah aqiqah -apabila telah tiba waktunya- lagi segera/cepat dilaksanakan, lagi baik.

Masa terbaik melakukan Aqiqah ialah pada hari yang ke tujuh bayi dilahirkan (hari lahir dihitung sebagai hari pertama jika dilahirkan siang hari). Saidatina 'Aisyah RA menceritakn; “Nabi SAW melakukan aqiqah untuk Hasan dan Husin pada hari ketujuh, baginda memberi nama kepada mereka berdua dan baginda menyuruh supaya dibuang kekotoran dari kepala mereka berdua (yakni dicukur rambut mereka)” (Riwayat Imam al-Baihaqi dan al-Hakim dengan sanad yang baik menurut Imam Nawawi. Lihat; al-Majmu’, jil. 8, hlm. 320).

Menurut ulamak; Jika tidak dapat dilakukan pada hari ke tujuh, disunatkan dilakukan sebelum habis tempoh nifas. Jika selepas selesai nifas masih belum dilakukan, maka disunatkan sebelum putus menyusu. Jika belum dilakukan juga, maka disunatkan sebelum berumur tujuh tahun. Jika masih juga belum dilakukan, maka disunatkan sebelum mencapai umur baligh. Jika setelah sampai umur baligh masih belum lagi diaqiqahkan, maka gugur sunat tersebut dari wali/penjaga dan ketika itu diberi pilihan kepada bayi untuk melakukan aqiqah bagi dirinya (apabila ia dewasa). (Kifayatul-Akhyar, hlm. 534).

Wallahu a'lam.

MONEY DROP & WHO WANTS O BE MILLIONAIRE

Soalan; Assalammuailakum Ustaz, saya ingin membuat pertanyaan, apakah hukum seseorang muslim itu jika dia menyertai  gameshow di TV seperti ¨money drop" dsn "who wants to be a millionaire"?

Jawapan;

1. Kuiz ilmiah yang menjanjikan hadiah perlu dilihat pada beberapa segi;

a) Dari mana sumber hadiah? Jika diambil dari para peserta yang memohon masuk -walau sebahagian dari hadiah yang ditawarkan- (seperti dikenakan ke atas permohonan masuk suatu bayaran tertentu dan bayaran itu dikumpulkan menjadi hadiah untuk peserta yang berjaya masuk dan berjaya menjawab soalan yang dikemukakan), maka itu tergolong dalam perjudian yang diharamkan Syariat. Jika hadiah datang dari pihak lain yang tiada kaitan dengan peserta (seperti dari penaja atau sebagainya), ia tidak menjadi perjudian dan halal bagi peserta yang berjaya dengan syarat syarikat penaja itu menjalankan aktiviti perniagaan yang halal. Jika hadiah ditawarkan oleh syarikat arak, perjudian atau seumpamanya, haram seorang muslim menyertainya kerana akan membawanya menerima wang dari sumber yang haram secara nyata di samping terlibat mempromosi perkara haram di sisi Syariat.

c) Soalan-soalan yang ditanya? Hendaklah soalan-soalan yang ditanya adalah soalan-soalan yang bermanfaat dan tidak mempromosi dosa/maksiat/munkar. Dalam akad Ju'alah (iaitu tawaran hadiah/saguhati yang diikat dengan suatu kerja/peranan) disyaratkan kerja/peranan yang menjadi tukaran kepada hadiah itu hendaklah halal mengikut pandangan Syariat. Oleh kerana hadiah yang ditawarkan merupakan imbalan kepada jawapan bagi soalan yang ditanya, jika jawapan adalah berupa dosa/maksiat, hadiah itu akan menjadi imbalan kepada perkara maksiat, maka tidak harus hadiah tersebut kerana ia menjadi imbalan kepada perkara haram di sisi Syariat.

d) Suasana program itu sendiri hendaklah menepati Syariat Islam; tiada percampuran lelaki dan wanita, tidak bercampur perkara masksiat dan munkar dan tidak bertujuan mempromosi perkara yang haram di sisi Syariat, kerana seorang muslim tidak harus berada dalam majlis yang dimurkai Allah.             

2. Khusus bagi program "Who wants to be a milionaire" telah terbit fatwa dan pandangan dari beberapa ulamak mengharamkannya, antaranya;
a) Syeikh Dr. Nasr Farid Wasil (Mufti Mesir)
b) Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi
c) Syeikh Abdul Aziz bin Baz (Mufti Arab Saudi) (Lihat; www.islamqa.com, fatwa no. 21078).
d) Syeikh Dr. 'Alauddin Za'tari (dalam bukunya Fiqh al-Muamalat al-Maliyah al-Muqaran, hlm. 345).
d) Syeikh Abdus-Somad Balhaji (dalam bukunya Ahkam al-Musabaqaat, hlm. 225; tesis MA bawah seliaan Syeikh Dr. Muhammad Khair Haikal)
e) Majlis Fatwa Ulamak-Ulamak Halab, Syria (lihat laman resminya; http://www.eftaa-aleppo.com/, fatwa no. 495).

Sebab pengharaman secara amnya adalah kerana terdapat unsur perjudian di dalamnya.

Walallahu a'lam.

Tuesday, September 25, 2012

ANAK 8 TAHUN MASIH TIDUR BERSAMA IBU DAN BAPA

Soalan; Assalamualaikum, saya ingin bertanya kemusykilan saya tentang hukum anak berumur 8 tahun masih tidur bersama ibu-bapa. Ada yang berkata kena asingkan tempat tidur habis tempoh menyusu, saya tidak pasti kesahihannya. Terima kasih.
Jawapan;
Tidak digalakkan oleh agama untuk anak yang telah mumayyiz (yakni telah mengerti dan tahu membezakan) untuk tidur bersama dengan ayah dan ibunya kerana dikhuatiri  berlaku pendedahan aurat dari bapa dan ibunya ketika tidur. Di dalam al-Quran, Allah berfirman (bermaksud);
“Wahai orang-orang beriman, hendaklah meminta izin kepada kamu hamba-hamba yang kamu miliki dan anak-anak yang belum baligh di kalangan kamu (sebelum mereka memasuki kamar-kamar kamu) pada tiga masa; masa sebelum solat subuh, masa ketika kamu menanggalkan pakaian di waktu tengahari dan masa selepas solat isyak. Itu adalah tiga masa berlaku pendedahan aurat pada kamu. Adapun lain dari tiga masa itu, tidaklah menjadi dosa ke atas kamu dan juga ke atas mereka (untuk masuk tanpa meminta izin terlebih dahulu) kerana mereka adalah orang-orang yang berlegar di sekitar kamu, yakni sebahagian kamu sentiasa bergaul dengan sebahagian yang lain. Begitulah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayatNya. Allah maha mengetahui lagi maha bijaksana” (ayat 58).
Dalam ayat di atas Allah memerintah anak-anak sekalipun belum baligh (tetapi telah sampai umur mumayyiz) supaya meminta izin sebelum memasuki bilik atau kamar ibu dan ayahnya terutamanya pada tiga waktu;
a)      Sebelum subuh adalah masa kamu bangun tidur
b)      Selepas solat isyak ialah masa kamu tidur
c)       Waktu tengahari (ketika matahari tegak atas kepala) adalah waktu qailulah iaitu waktu disunatkan kita tidur seketika sebelum solat zohor.
Sebab perintah tersebut ialah untuk mengelak dari terdedahnya aurat ibu-bapa kepada anak-anak. Inilah yang kita fahami dari ungkapan Allah dalam ayat tersebut; “Itu adalah tiga masa berlaku pendedahan aurat pada kamu”. Berkata ulamak –antaranya Syeikh Tohir Ibnu ‘Asyur-; “Adalah suatu yang jelik ibu-bapa membiarkan anak-anak mereka (yang telah mumayyiz) melihat aurat mereka kerana pandangan anak-anak akan membekas (dan menjadi tabiat) dalam diri mereka. Wajib anak-anak diasuh supaya menjaga aurat sejak dari kecil (yakni memelihara diri dari mendedahkan aurat dan dari melihat kepada aurat orang lain) agar ia akan menjadi tabiat pada diri mereka apabila mereka besar nanti” (Tafsir at-Tahrir wa at-Tanwir, surah an-Nur, ayat 58).
Jika pasti akan berlaku pendedahan aurat –seperti ibu dan bapa berniat berseronok atau berjimak pada malamnya-, maka haramlah membenarkan anak yang telah mumayyiz untuk turut tidur dalam bilik bersama ayah dan ibunya. Suami dan isteri wajib memastikan mereka tidak dilihat oleh orang lain ketika sedang berjimak. Diharamkan berjimak dengan dilihat orang lain termasuk anak kecil jika ia telah mumayyiz (sekalipun ia belum baligh). Malah sebahagian ulamak (antaranya jumhur ulamak mazhab Maliki) melarang berjimak dengan dilihat oleh anak belum mumayyiz kerana mengambil contoh dari sahabat Nabi SAW bernama Ibnu ‘Umar RA yang memerintahkan anaknya yang masih di dalam buaian supaya di bawa keluar dari bilik sebelum ia berjimak dengan isterinya (kerana malu dengan anak itu). Menurut jumhur; perbuatan Ibnu Umar RA itu tidaklah wajib –kerana ia sukar dan sulit amalkan-, tetapi jika dapat diamalkan adalah baik. (al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 3/178).
Berkata Syeikh Ibnu al-‘Uthaimin (salah seorang ulamak besar Arab Saudi); “Pandangan yang soheh dalam masalah ini ialah; diharamkan bersetubuh di hadapan orang lain, kecuali jika yang ada di hadapan itu adalah anak kecil yang belum mengerti dan belum dapat menggambarkan sesuatu, maka tidak mengapa. Adapun di hadapan anak yang sudah pandai menggambarkan apa yang berlaku di depannya, tidak harus melakukan persetubuhan di hadapannya sekalipun ia masih kecil kerana anak kecil sebegitu kadang-kadang ia bercakap menceritakan kepada orang lain apa yang dilihatnya tanpa ia maksudkan. Anak kecil yang masih dalam buaian –sebagai contohnya- jika usianya baru beberapa bulan, tidak mengapa berlaku persetubuhan di hadapannya kerana ia tidak mengerti perbuatan tersebut dan belum dapat menggambarkannya. Namun jika anak itu telah berusia tiga atau empat tahun, tidak sepatutnya ibu-bapa melakukan persetubuhan di hadapannya kerana boleh berlaku pada pagi nanti ia menceritakan apa yang dilihatnya kpada orang lain. Oleh demikian, adalah dibenci agama ibu-bapa bersetubuh di hadapan anak kecil mereka sekali belum mumayyiz jika ia sudah pandai menggambarkan dan memahami apa yang dilihatnya” (Dinaqalkan dari Fatwa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid).
Rujukan;
1.       az-Zawaj, Dr. Muhammad Ibrahim al-Hafnawi, hlm. 279.
2.       al-Muqtataf Min 'Uyun at-Tafasir, surah an-Nisa', ayat 19.
3.       Fatwa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid (www.islamqa.com), no. 104246.
4.       al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 3/178