nuffnang Ads

Rabu, 17 Julai 2013

TG Nik Aziz Sekolahkan Ahli Parlimen Pasir Salak..


PAS membidas kenyataan Umno yang mendakwa parti itu perkakas kepada DAP dan PKR apabila sanggup tunduk kepada dua parti tersebut dalam banyak perkara.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dipetik dalam laman sosial Facebooknya berkata perkara yang dilakukan Umno tersebut tidak bersifat baik sekali gus meminta bukti daripada pihak yang mengeluarkan kenyataan itu.

Beliau juga berkata pemimpin politik perlu bercakap menggunakan fakta dan tidak "bermuka-muka".

"Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak di dalam akhbar Sinar Harian halaman tiga hari ini.

"Katanya, Pas merupakan alat kepada DAP dan PKR. Saya ingin bertanya, UMNO pula alat kepada siapa?

"Di hadapan bangsa Melayu, inilah yang diungkapkan, di hadapan bukan Melayu, dikatakan pula DAP alat kepada Pas. Bermuka-muka begini bukan sifat manusia yang baik," katanya.

Mengikut laporan akhbar Sinar Harian , BN mendakwa Pas hanya perkakas DAP dan PKR apabila sanggup tunduk kepada dua parti tersebut dalam banyak perkara.


Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, rakyat perlu bijak menilai untuk memilih parti mana yang dapat membela orang Melayu dan Islam pada masa sekarang dan jangka panjang.

Dakwanya, di sesetengah tempat, Pas memberitahu ia tidak mahu menjaga orang Melayu, tetapi menjaga Islam walau apapun bangsa mereka. 
 
“Mereka kata Pas bukan lagi untuk orang Melayu sahaja tetapi untuk Islam sedangkan kita juga perjuang untuk Islam dan bangsa Melayu juga tidak dipinggirkan. Kita tingkatkan syiar Islam di negara ini.  
“Jika Pas perintah di Terengganu, jangan ingat DAP atau PKR tidak boleh campur tangan dan Pas kena banyak jaga hati kedua-dua parti itu dalam banyak perkara,” katanya.  
Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berucap demikian ketika hadir pada program Jabatan Perkhidmatan Veterinar bersama Penternak Dun Kuala Besut di sini, semalam ~ Sinar Harian

Lagi apa fitnah Ahli Parlimen Pasir Salak yang berbagai-bagai tu sila baca di ( SINI )

Tiada ulasan :

Catat Ulasan